Thursday, 7 April 2011

PERKHIDMATAN


Assalamualaikum & salam ceria

Kami menyediakan perkhidmatan : -   

 * Alter/baik pulih seluar jeans & seluar biasa. Semua jenis repair - Kecil/besarkan bahagian pinggang, pesak(cawat), peha, lutut & kaki - Tampal, jahit & sambung ORI - Jahitan berkembar, tukar zip & tukar butang.

 *Menggunakan mesin jahit & alatan yang bersesuaian dengan jenis fabrik, kain atau kulit, juga munggunakan benang yang serupa seperti asal dengan jaminan mutu jahitan yang berkualiti tinggi.  

*Alter/baik pulih jaket, beg, sarung senjata(senapang, pistol, parang, pisau) & sebagainya dari jenis kulit, kanvas, pvc, pu atau jeans bergantung kepada specifikasi kerosakan yang hendak dibaik pulih.

*Jangka masa baik pulih bergantung kepada jenis & jumlah pakaian. 

*Harga juga bergantung kepada jenis baik pulih & jumlah pakaian. (lampiran sedang dalam pembikinan)

*Baik pulih semua jenis mesin jahit bergantung kepada kerosakan & juga jika terdapatnya alat ganti dipasaran tempatan.

*Khidmat asah semua jenis gunting - harga bergantung  kepada jenis, saiz & kondisi gunting tersebut.


Latarbelakang :-

Dhuha Jeans & Leather Alteration telah dibuka di Masjid Tanah yang beralamat seperti diatas pada 1hb Jan 2010. Sejak dari hari pembukaan sehingga sekarang, sambutan kepada perniagaan kami adalah sangat memberansangkan dengan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar. Kebanyakan pelanggan kami adalah dari sekitar pekan Masjid Tanah, Alor Gajah & bandar Melaka yang terdiri dari berbagai bangsa & juga dari berbagai peringkat umur.
Terdapat juga pelanggan kami dari sekitar Segamat, Gemenceh, Bahau, Muar, Port Dickson & beberapa tempat yang berdekatan pernah datang & telah mendapatkan khidmat kami yang kebanyakannya datang untuk baik pulih jaket kulit & ubah suai suit motor racing.


Jawatan kosong :-


Dengan sambutan yang baik & perniagaan yang semakin meningkat naik, kami di Dhuha Jeans & Leather Alterations ingin membuka peluang kerjaya kepada sesiapa sahaja terutamanya belia, remaja atau mereka2 yang berminat didalam bidang ini untuk menyertai kami. Kepada mereka yang mempunyai pengalaman didalam bidang jahitan adalah sangat dialu2kan untuk memohon & mencuba. 

Peluang untuk membuka perniagaan sendiri didalam bidang ini adalah sangat berpotensi tinggi kerana setiap orang paling kurang mesti ada memiliki 2-10 helai seluar jeans/biasa sebagai pakaian harian & tidak banyak kedai  jahit yang menyediakan perkhidmatan seperti ini disekitar Melaka.
Kebanyakan kedai jahit biasa tidak mempunyai kepakaran didalam bidang ini kerana kurangnya pengetahuan & pengalaman juga kerana tidak menggunakan alatan & mesin jahit yang sesuai untuk proses ubah suai/alteration tersebut yang menyebabkan kualiti jahitan menjadi terjejas.

Kepada mereka yang berminat dan ingin mencuba, anda boleh menghubungi kami pada talian diatas atau datang terus ke premis kami seperti yang beralamat diatas untuk proses temuduga.
Jumlah pembayaran gaji/pendapatan adalah bergantung kepada pengalaman, kelulusan & inisiatif anda. Gaji harian atau mingguan + komisen bulanan, dari rm600 - rm1200 sebulan.
Kepada mereka yang ingin bekerja secara sambilan(part time) juga boleh menghubungi kami.

 Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.

Terimakasih,


Wslm...


-Aiman Dhuha-

    4 comments:

    1. ada khidmat alter Uniform taekwondo?

      and jahit double, triple line?

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum wbt. Tumpang bertanya, beg yang tetas kainnya boleh ker di baiki?

      ReplyDelete